hamidtukangkayu.com

Information
Information - 7 Panduan Memilih Tilam Print
Written by Hamid Tukang Kayu   
Thursday, 29 January 2009 04:47
Article Index
Information
Adzham Blog
7 Panduan Memilih Tilam
Melengkapi Ruang Tamu
Mengenal Kayu
Mesin & Peralatan yang digunakan Hamid Tukang Kayu
All Pages

 

7 PANDUAN MEMILIH TILAM

 

Satu kaji selidik baru-baru ini  mendapati 35 peratus rakyat negara ini menukar kereta dalam tempoh tiga hingga lima tahun berbanding 31 peratus sahaja yang menukar tilam bagi  tempoh sama.

 

KAJIAN YANG DIJALANKAN PADA JULAI LALU IKEA MALAYSIA MEMANG MENGEJUTKAN KERANA PERTAMA, HARGA KERETA JAUH LEBIH MAHAL DAN KEDUA, TILAM YANG BAIK SANGAT PENTING UNTUK TIDUR YANG LENA SUPAYA TAMPIL SEGAR KEESOKAN HARI, DI SAMPING MEMPEROLEH PERAGAAN TUBUH MENARIK. SIKAP TIDAK AMBIL ENDAH TERHADAP MUTU TILAM KURANG BERMUTU DIGUNAKAN OLEH KANAK-KANAK DAN REMAJA YANG SEDANG MELALUI PROSES TUMBESARAN. JIKA MEREKA TIDUR DI ATAS TILAM YANG SUDAH LAMA, ROSAK ATAU TIDAK BERMUTU TUBUH MEREKA AKAN TERJEJAS DAN MEMBERI KESAN SEHINGGA DEWASA.

Berikut tujuh panduan penting yang wajar diberi pertimbangan sebelum membeli tilam:

 

1.         TIDUR YANG SELESA, tidur yang cukup dan selesa amat penting kepada kanak-kanak serta remaja. Pertumbuhan hormon berlaku sewaktu tidur, justeru itu tidur yang bermutu pada waktu malam mesti diberi keutamaan. Jangan ingat anak-anak masih kecil maka kita tidak perlu mendedahkan sangat soal peragaan tubuh mereka sedangkan hal itu sewajarnya dibentuk dengan sifat tubuh yang cantik.

2.         BILANGAN GEGELUNG MENCUKUPI, jangan asyik    mencari harga yang murah sehingga lupa mengenai bilangan gegelung di dalam tilam. Cari tilam yang mempunyai bilangan gegelung mencukupi. Harga tilam yang ditawarkan mugkin murah, tetapi bilangan gegelung di dalam sistem spring yang menawarkan sokongan  terbaik untuk tubuh belum mencukupi. Oleh itu, pastikan tilam yang dibeli mempunyai sekurang-kurangnya 211 gegelung bagi tilam kelamin dan 312 gegelung bagi tilam berukuran penuh. Gegelung itu juga mestilah heat-tempered supaya tahan lebih lama.

3.         KESELESAAN VS SOKONGAN, tidak perlu tilam sekeras papan untuk mendapatkan sokogan kepada tubuh. Tilam yang menyediakan asas yang baik akan menyokong tubuh anak anda secara lembut di semua bahagian supaya peragaan tubuh yang sama cantik sewaktu berdiri. Bawa anak bersama ketika membeli dan suruh dia baring di atas beberapa model tilam. Pilih tilam yang anak anda  berasa paling selesa berbaring di atasnya.

 

4.         ASAS SOKONGAN (box spring) TILAM, asas yang baik adalah penting untuk memberi sokongan dan keselesaan sempurna serta bertindak seperti satu penyerap kejutan yang besar. Menggandingkan tilam baru dengan asas (box spring) yang lama tidak akan memberi  sebarang sokongan yang diperlukan.

 

5.         ALAHAN, pastikan anda tahu jenis bahan atau fabrik yang diguna untuk tilam pilihan anda. Bahan yang membentuk tilam anda adalah gabungan bebusa dan gentian yang melindungi sistem spring dalaman. Jika anak anda ada masalah alahan, pilih tilam yang menggunakan bahan ganti alahan.

 

6.         JAMINAN, jangan beli tilam hanya kerana tempoh jaminan yang diberikan. Ingat, jaminan yang diberi hanya untuk merosakkan produk, bukan akibat kehilangan keselesaan atau sokongan kepada tubuh anda. Pastikan anda bertanya dan faham dengan jelas mengenai jaminan yang ditawarkan.

 

7.         ALAS TILAM, guna alas tilam yang bermutu supaya tilam sentiasa kelihatan baru dan bebas kotoran. Sesetengah syarikat membatalkan jaminan jika mendapati tilam ada tanda kotoran. Alas tilam juga boleh menambah ketinggian tilam bagi mewujudkan keselesaan.

 

Majalah Anjung Seri Keluaran November 2008

 

RENCANA INI DIPETIK DARIPADA MAJALAH ANJUNG SERI, MAJALAH HIASAN DALAMAN NO 1 MALAYSIA dan setiap rencana YANG HENDAK DISIARKAN MESTILAH MENDAPAT KEBENARAN PENGARANG TERLEBIH DAHULU dengan menghantar emel kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

 

 



 

News and Highlight

Hamid Technology Solution

Hamid Technology Solution provides solution for HP PA-RISC and Itanium Server, HP-UX, HP MC-Service Guard, HP EVA storage, SUN SOLARIS servers or looking for Backup Solution Bakbone Netvault.  Feel free to contact 019-3890090 (Rashid Hamid)

Advertisement

Featured Links:
Banner
Banner
MamaBakers
(A Member of Hamid Tukang Kayu Group of Companies) We offer all kinds of cakes, cupcakes and breads for all occasions especially for birthday, wedding, doorgift , special events or parties. Our prices are very reasonable and we use only the finest and halal ingredients.
Banner
Hamid Technology Solution
(A Member of Hamid Tukang Kayu Group of Companies) We Provide solution for HP PA-RISC and Itanium Server, HP-UX, HP MC-Service Guard, HP EVA storage, SUN SOLARIS servers or looking for Backup Solution Bakbone Netvault, Feel free to contact Rashid at 019-3890090

Who's Online

We have 2 guests online

The Management

Sample image Tn Hj Abd Hamid
Director
07-4138808
Sample image Tn Hj Abd Rahman
Managing Director
016-7550861
Sample image Tn Abd Rashid
Marketing, WM, SE
019-3890090
Sample image Pn Hjh Saliah
Marketing & CRO
012-7330484
Sample image Pn Siti Aidah
Putrajaya Br, WM
016-2819826
 

Our Gallery

kilang450_2.jpg
You are here  : Home Information